Malaysia Web Hosting

Cara dapatkan Google Sitelink

Google sitelink adalah hyperlink yang diberikan oleh google kepada sesebuah blog untuk memudahkan pengunjung terus kepada apa yang diingini oleh pengunjung. Kebiasaannya minimum Google sitelink  ini adalah 3 dan maximum adalah 8.
Ada yang berpendapat kehadiran Google sitelink ini membuktikan sesebuah blog itu mempunyai potensi yang baik. Dalam erti kata lain mempunyai kredibiliti.

 
Google sitelink ini diberi secara automatik oleh google. Banyak blog telah membincangkan bagaimana cara untuk mendapatkan Google Sitelink ini. Bagi saya ada 3 cara paling penting yang harus untuk mendapatkan Google sitelink.


Pertama – Daftar dengan Google Analytics. Cipta satu akaun.
Kedua -  Masukkan tracking code dalam blog ( header blog ). Cara masukkan tracking code dalam blog anda boleh baca di  sini.
Ketiga – Tunggu dan lihat.

3 cara mudah ini sepatutnya yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Jika anda adalah blogger yang gemar menukar themes, pastikan perkara pertama adalah memastikan Google sitelink anda kekal adalah dengan memasukkan tarcking code terlebih dahulu.
Antara faktor yang lain yang membantu kita mendapatkan Google sitelink ini ialah :
  • Mesra SEO, atau blog yang selalu berada di 1st page SERP.
  • Susunan blog kemas dan teratur.
  • jumlah atau kadar carian sesuatu keyword.
  • backlink yang berkualiti samada externel mahupun internal
  • Usia laman blog
  • Kandungan original
  • Nama domain
  • Sitemap
Mesra SEO, atau blog yang selalu berada di 1st page SERP
Sudah tentu ini adalah faktor penting dalam mendapatkan google sitelink ini. Jika entri kita selalu berada di muka hadapan google, kadar untuk entri kita di baca akan meningkat naik. Secara tidak lansung  ini akan memberi maklumat kepada google blog kita adalah sering dikunjungi.

Susunan blog kemas dan teratur
Pastikan blog anda dirancang dari segi kekemasan dengan sebaiknya. Terutama di bahagian header, ini secara tidak lansung memudahkan pengunjung mencari sesuatu di blog anda. Malah kekemasan juga kebarangkalian memastikan pengunjung akan berada lebih lama di blog anda untuk membaca sesuatu entri.

Jumlah atau kadar carian sesuatu keyword
Jika anda perhatikan sitelink yang saya perolehi adalah semua berkaitan dengan keyword yang sering masuk ke blog saya. Keyword giveaway dan denaihati adalah yang banyak membawa ke blog saya. Secara tidak lansung ini mewujudkan google sitelink kepada blog saya.

Backlink yang berkualiti
Backlink adalah perkara yang amat berharga dalam dunia online. Dengan adanya backlink membuatkan blog anda “hidup” dan sering diperhatikan oleh google. Backlink ini seolah-olah kita memberi isyarat kepada google. Pembinaan backlink yang berkualtiti amat penting. Wujudkan link di dalam blog ( internal ). Setiap membina entri saya akan pastikan sekurang-kurangnya saya membina satu internal link. Manakala external link adalah link yang kita kaitkan dengan blog lain. Inilah salah satu daripada cara untuk lebih mesra SEO. ( Tips Blogging )
Usia laman blog
Ada sesetengah otai SEO mengatakan usia laman blog memainkan peranan dalam mendapatkan sitelink. Kini saya membuktikan usia blog bukanlah satu faktor yang memainkan peranan. Dalam masa 3 ke 4 bulan saya sudah memiliki Google Sitelink.

Kandungan original
Sudah pasti semua akan menyukai sesuatu yang original. Dikatakan Google Panda juga selalu membuat operasi bagi menyenarai hitamkan blog yang mengandungi kandungan  isi yang  TIDAK original dalam bahasa kasar Copy Paste. Jauhkan tabiat ini.

Nama domain
Ini penting. Dengan adanya domain yang mudah diingati secara tidak lansung menjadikan nama domain kita sebagai keyword yang mudah dan senang dicari. Contonhnya, jika mana-mana blogger ini membaca blog saya mereka akan secara terus menaip keyword budakfelda.com dalam google search. Inilah yang saya maksudkan domain menjadi keyword.

Sitemap
Ini adalah salah satu faktor yang membantu sebenarnya. Dengan adanya sitemapnya secara tidak lansung kita telah membina internal link.
Bagi yang belum mendapat sitelink, mungkin tips-tips di atas sedikit sebanyak membantu dalam usaha mendapatkan Google sitelink bagi blog atau website ada.

0 comments:

Post a Comment