Toronto FC vs Liverpool FC
Awal
pagi nanti pengurus baru Liverpool FC Brendan Rodgers akan berhadapan
cabaran pertama dalam beliau memperkemaskan barisan The Reds untuk
menghadapi musim baru yang akan tiba. Pasti perlawananan pra musim ini
akan dijadikan titik tolak untuk menyakin pihak pengurusan malah yang
paling penting untuk dipikat ialah penyokong The Reds.
Dengan
mensasarkan tiket ke Liga Juara-Juara musim hadapan, Brendan Rodgers
telah mencabar kepada pemain-pemain beliau dengan mengatakan hanya
pemain yang keinginan untuk menjulang Liverpool ke zaman kegemilangan
sahaja akan diberi peluang.
Lawannya
awal pagi nanti pasukan Toronto FC kelab Kanada yang bermain dalam Liga
MSL. Yang pasti perlawanan ini akan digunakan untuk menguji taktikal
yang sering digunakan semasa beliau nerada di swansea. Adakah ia akan
berhasil ? Inilah yang dinanti-nantikan oleh peminat setia Liverpool.
Alberto
Aquilani dan Joe Cole, dua pemain yang dipinjamkan di bawah era Kenny
King kembali untuk menyakinan bos baru mereka. manakala pemain-pemain
muda seperti Raheem Sterling, Adam Morgan, dan Suso juga akan cuba
untuk ditempatkan dalam pasukan utama.
Walau
ia hanya perlawanan persahabatan, yang pasti peminat Liverpool akan
menunggu berita dan keputusan yang indah untuk didengar.
Sumber : Budak Felda
Sumber : Budak Felda


0 comments:
Post a Comment