Malaysia Web Hosting

Cara letak iklan Komli

Tutorial ini sebenar  bagi membantu rakan blogger daripada seberang untuk meletakkan iklan komli di blog. Komli bukan sahaja untuk pasaran Malaysia malah bagi sekitar Asia Tenggara.

Cara letak iklan komli ini sama juga bagaimana kita meletakkan iklan lain di blog kita. Jika lulus

Guru mohon cuti khas raya 17 Ogos

SEBAGAI warga sekolah di Lembah Klang, kami amat berharap agar kerajaan mempertimbangkan pemberian cuti khas atau membenarkan cuti peristiwa diambil oleh sekolah pada Jumaat 17 Ogos 2012 sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ini kerana kebanyakan warga kota, khasnya guru, berasal dari negeri di luar Lembah Klang seperti negeri di utara, timur dan selatan Semenanjung Malaysia.

Sekiranya sekolah tidak bercuti pada 17 Ogos, semua warga sekolah dan kakitangan awam yang lain akan bertolak serentak pulang ke kampung halaman pada petang dan malam hari Jumaat serta pada pagi hari Sabtu. Ini sudah tentu mengundang kesesakan jalan raya yang terlampau.

Di samping itu, dengan limpahan kenderaan di jalan raya akan mengundang kemalangan pula kerana masing-masing bersaing untuk sampai cepat ke destinasi memandangkan raya semakin hampir.

Sekiranya Jumaat masih dikira sebagai hari bersekolah, bagaimana dengan sekolah yang mempunyai dua sesi di mana sesi petangnya berakhir pukul 5.30 petang. Tidak mustahil pada hari tersebut ramai guru yang mengambil cuti sakit semata-mata untuk pulang ke kampung lebih awal. Jika ini berlaku, sesi persekolahan pada petang itu akan terjejas.

Selain itu, cuti pada hari Jumaat sepatutnya diberikan pada sekolah memandangkan sekolah tidak mengambil cuti sempena hari raya ini iaitu selama dua hari, kerana kebetulan cuti hari raya jatuh semasa cuti sekolah. Oleh itu jumlah waktu bersekolah yang sepatutnya bagi semua sekolah adalah mencukupi, malah mungkin sudah melebihi jumlah maksimum yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Oleh itu, besarlah harapan kami warga sekolah agar permohonan kami ini mendapat perhatian dan dipertimbangkan.

Harapan kami juga agar makluman mengenai cuti ini dapat diumumkan lebih awal untuk memudahkan urusan kami membuat tempahan tiket dan merancang perjalanan.

Apa Kata Anda ?

Iklan Ramadhan / Hari Raya Khairul Fahmi bersama 100PLUS


Iklan Ramadhan dan Hari Raya Khairul Fahmi bersama 100PLUS ini adalah penampilan sulung Khairul Fahmi Che Mat aka Apek dalam dunia pengambaran. Satu sentuhan yang baru, fenomena Apek masih lagi hangat sehingga hari ini.

Khairul menyertai kumpulan eksklusif atlet handalan kebangsaan termasuk bintang badminton, Datuk Lee Chong Wei, penerjun bertaraf dunia Pandelela Rinong dan Safee Sali sebagai Duta Jenama 100PLUS. 100PLUS juga adalah penaja Minuman Rasmi pasukan lumba basikal trek kebangsaan dan Minuman Yang Disyorkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN). – sumber

Saya harap ini akan dapat memberi lebihan suntikan semangat untuk Khairul Fahmi Che Mat aka Apek untuk ;ebih berjaya dalam bidang bolasepak.

bonus raya 2012

Bonus raya 2012 yang dinanti-nanti oleh penjawat awam seluruh negara kini  terjawab dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.

Pemberian Bonus Raya sebanyak setengah bulan gaji dan minima RM 500 akan diberilan pada pertengahan bulan ini. Manakala pesara akan menerima sebanyak RM 500.

Bonus Raya 2012 ini dijangka akan memberi manfaat kepada 1.27 juta penjawat awam dalam meraikan syawal yang akan menjelang tiba.

Pasti semua penjawat tengah membuat kiraan budget untuk berbelanja

video Gol Malaysia vs Arsenal 2012

Malam tadi seperti mana yang kita maklum, Harimau Malaya menentang Arsenal di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan yang disiarkan secara lansung menerusi Nadi Arena Saluran 801.

Walaupun tanpa kelibat Kharul Fahmi Che Mat yang tercedera, aksi memukau Farizal memang mengagumkan.

Join Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Hampir 40’000 peminat setia arsenal di malaysia, danjuga singapore mengambil peluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat aksi pemain kesayangan mereka. Apa-apun pujian sepatutnya diberikan kepada pasukan malaysia yang mempamerkan aksi bertenaga di separuh masa pertama sehingga membuahkan hasil gol yang cantik.

Namun asakan demi asakan daripada the gunners membuatkan pemain-pemain malaysia keletihan dan membuat beberapa kesilapan yang akhirnya membolehkan arsenal menjaring gol sekaligus mencatatkan kemenangan 2-1.
Bagi mereka yang belum melihat aksi gol-gol daripada perlawanan Malaysia vs Arsenal 2012 boleh video di menerusi link bawah ini.

malaysia vs arsenal 2012

sumber : sokernet

Buat Duit via Sponsor Tweets

Sponsor Tweets  adalah salah satu pogram yang lebih kurang sama untuk mereka yang suka buat duit secara online. Jika untuk dalaman Malaysia kita mempunyai churp-churp. Dan sponsor tweet ini adalah bagi pasaran antarbangsa.

SponsoredTweets referral badge

Cara penggunaannya masih sama dengan menggunakkan twitter sebagai medan pengiklanan. Setiap kali tugasan yang diterima kita kan tweet tugasan di timeline twitter. Setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan, kita akan dibayar dalam nilai USD. Cukup lumayan.

Untuk mendaftar sila ke klik Daftar Sponsor Tweet.

Seperti mana juga churp-churp, pastikan anda mempunyai akaun twitter terlibih dahulu. Semoga anda akan berjaya.

Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati” semakin hebat

“Eyriqazz vs Denaihati” : 2 Blogger Buat Duit Online

“Eyriqazz vs Denaihati” 2 blogger yang amat dikenali dalam arena blogger tanah air. Terutama denaihati yang mempunyai follower yang begitu ramai. Manakala Eyriqazz terkenal dengan kemurahan rezeki  bersama pengiklanan.

“Eyriqazz vs Denaihati” ini sememang layak untuk dijadikan idola bagi mereka yang ingin buat duit secara online. Dengan mudah setiap bulan mereka “Eyriqazz vs Denaihati” ini memungut duit poket hampir beribu-ribu sebulan.

Inilah yang amat diinginkan setiap blogger yang kepingin dalam membuat duit secara online. Tapi yang pasti mereka telah membina network yang kuat untuk sampai ketahap ini.

Blogger nood seperti akupasti akan jadikan “Eyriqazz vs Denaihati” ini sebagai penunjuk cara dalam dunia blogger.